Print Friendly, PDF & Email
mttm makkah

Pakej Umrah Sederhana

PakejTarikh PenerbanganTarikh BalikTempohSektorHarga 4 – 7 SebilikHarga Bilik BertigaHarga Bilik BerduaStatus
Cuti Sekolah2017/11/30201712/1112 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/11/282017/12/0912 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/11/212017/12/0212 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/12/192017/12/3012 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/12/142017/12/2512 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/12/122017/12/2312 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/12/052017/12/1612 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka
Cuti Sekolah2017/12/072017/12/1812 Hari 10 MalamKUL – JED / MED – KUL6,9307,3007,790Dibuka

Makkah – Hotel Saraya Ajyad (250M) atau setaraf

Medinah – Hotel Medinah Mubarak (100M) atau setaraf

mubarak madina

ITINERARI

(HARI 01) – KUL/JED/MAKKAH
Berkumpul di airport KLIA 3 jam sebelum berlepas.
Berlepas dari airport KLIA ke Jeddah pada jam 5.00 petang. Ketibaan jemaah di Jeddah International Airport disambut oleh mutawwif (bagi jemaah yang turun di terminal haji, mutawwif hanya akan tunggu di luar airport sahaja kerana mutawwif tidak dibenarkan masuk ke terminal haji). Selepas selesai urusan dengan muassasah, jemaah menaiki bas, menuju ke Makkah.. Dalam perjalanan, jemaah dibekalkan dengan makanan. Setibanya di Makkah, Jemaah check in hotel dan melakukan ibadah umrah pertama yang dipimpin oleh mutawwif – Umrah 1)

(HARI 02) – MAKKAH/TAZKIRAH
Selepas Sarapan Pagi, Tazkirah Subuh, – acara bebas

(HARI 03) – MAKKAH/ZIARAH
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi bukit Tsur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, bukit Nur dan tempat bermiqat di Jaaranah bagi sesiapa yang ingin membuat umrah – (Umrah 2)

(HARI 04) – MAKKAH/TAZKIRAH
Selepas Sarapan Pagi, Tazkirah Subuh, – acara bebas

(HARI 05) – MAKKAH/HUDAIBIYAH
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, Jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi ladang unta, kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah), dan berakhir dengan lawatan ke Muzium Haramain (sekiranya mendapat permit) – (Umrah 3)

(HARI 06) – MAKKAH/TAZKIRAH
Selepas Sarapan Pagi, Tazkirah Subuh, – acara bebas

(HARI 07) – MAKKAH/TAKLIMAT WADA’
Selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi – acara bebas. Selepas solat isyak, jemaah diberikan pengisian rohani bersama dengan taklimat tawaf wada’ bertempat di dewan makan hotel.

(HARI 08) – MAKKAH/MEDINAH/ZIARAH
Selepas makan tengahari, solat zohor dan Tawaf Wada’, jemaah check out hotel. Jam 3.00 petang, Jemaah berangkat menaiki bas menuju ke Madinah Al Munawwarah Setibanya di Madinah, Jemaah check in hotel.

(HARI 09) – MEDINAH/TAZKIRAH
Ziarah – Raudhah, Maqam Rasulullah SAW dan Perkuburan Baqi’

(HARI 10) – MEDINAH/ZIARAH
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, Jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi Masjid Quba’, bukit Uhud, Maqam Syuhada’ Uhud, ladang kurma, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.

(HARI 11) – MEDINAH/KUL
Jam 8.00 pagi, melakukan Wada’ Rasulullah SAW. Makan tengah hari dan solat zohor. Jam 2.00 petang petang Jemaah check out hotel, dan berangkat menaiki bas menuju ke Airport Madinah Al Munawwarah. Setibanya di sana, Jemaah dibantu oleh mutawwif untuk membuat urusan check in dan berangkat ke Malaysia pada pukul 8.20 malam (Masa di Arab Saudi)

(HARI 12) – KUL
Ketibaan di airport KLIA

CENDERAHATI :-

  • Beg Kembara, Beg Galas & Beg Kecil
  • Air Zam-zam (5 liter)
  • Kain Ihram / Kain Telekung
  • Buku panduan, Uncang kasut & Luggage Tag

KELEBIHAN PAKEJ:-

  • Bimbingan Mutawwif
  • Kursus Umrah Percuma
  • Umrah 3 kali PERCUMA
  • Ziarah Mekah, Hudaibiyah dan Madinah
  • Tazkirah Khas
  • Urusan ziarah taif boleh diuruskan
  • Tazkirah semasa perjalanan ke tempat lawatan

HARGA TERMASUK :-

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi
  • Penginapan hotel
  • Lawatan ziarah makan seperti aturaca
  • Pengangkutan dan juga khidmat Mutawwif
  • Kursus Umrah
  • Perlindungan takaful perjalanan

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-

  • Makan selain dalam aturcara
  • Bayaran bagasi lebih had
  • Caj peribadi di hotel : panggilan telefon dll.
  • Perbelanjaan Peribadi

NOTA PENTING

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki: Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
  • Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
  • Dokumen tambahan mengikut keperluan berdasarkan Jadual Mahram dan Dokumen
  • Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Muslimin Travel 45 hari sebelum hari penerbangan
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

PENDAFTARAN

Deposit sebanyak RM 1,000 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 45 hari sebelum berlepas. Bayaran boleh dibuat secara tunai di pejabat atau memasukkan ke akaun :

Nama Penerima          : MUSLIMIN TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD

No. Akaun                   : 14-041-01-002528-0 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

* Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis

* Harap maklum bahawa harga pakej pelancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada harga nilaian semasa ringgit malaysia (MYR) berbanding nilaian wang mata asing. Oleh kerana ketidaktentuan kadar nilai RM di waktu ini, harga yang dinyatakan boleh berubah mengikut kadar nilaian RM semasa berbanding nilaian wang mata asing. Pihak MUSLIMIN TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD (MTTM) akan memaklumkan kepada pelanggan MTTM yang telah membuat penempahan sekurang-kurangnya 45 hari sebelum tarikh berlepas akan perubahaan harga sekiranya ada.

Sila hubungi kami segera :-

Muslimin Travel (+603 4021 4331/4332) atau

Puan Zaleha (+6017 883 5419)

Encik Fazel (+6017 283 5554)

Encik Hafiz (+6013 2665018)

Puan Najad (+6019 237 1646)

emel kepada kami mttm@koperasimuslimin.com.my

 HUBUNGI KAMI

  • 17-2-2, Tingkat 2, Block A, Jalan Semarak Api 1, Diamond Square Commercial Centre Off Jalan Gombak, Peti Surat 11459, 50746 Kuala Lumpur. Malaysia
  • +603 4021 4331
  • +603-4021 4099 / 5227
  • mtttm@koperasimuslimin.com.my
  • www.facebook.com/muslimintravel
  • Isnin – Khamis (8.30 pagi – 6.00 petang), Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang), Sabtu – Ahad (Cuti)
  • Akaun Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (No : 14 041 01 00 25 280)

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *