Print Friendly, PDF & Email

ATURCARA

  • Penerbangan Terus (KUL – JED / MED – KUL)
  • 11 Hari 9 Malam
  • 6 Malam di Mekah dan 3 Malam di Medinah

(HARI 01) – KUL/JED/MAKKAH
Berkumpul di airport KLIA 3 jam sebelum berlepas.
Berlepas dari airport KLIA ke Jeddah pada jam 5.50 petang. Ketibaan jemaah di Jeddah International Airport disambut oleh mutawwif (bagi jemaah yang turun di terminal haji, mutawwif hanya akan tunggu di luar airport sahaja kerana mutawwif tidak dibenarkan masuk ke terminal haji). Selepas selesai urusan dengan muassasah, jemaah menaiki bas, menuju ke Makkah.. Dalam perjalanan, jemaah dibekalkan dengan makanan. Setibanya di Makkah, Jemaah check in hotel dan melakukan ibadah umrah pertama yang dipimpin oleh mutawwif – Umrah 1)

(HARI 02) – MAKKAH/TAZKIRAH
Selepas Sarapan Pagi, Tazkirah Subuh, – acara bebas

(HARI 03) – MAKKAH/ZIARAH
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi bukit Tsur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, bukit Nur dan tempat bermiqat di Jaaranah bagi sesiapa yang ingin membuat umrah – (Umrah 2)

(HARI 04) – MAKKAH/TAZKIRAH
Selepas Sarapan Pagi, Tazkirah Subuh, – acara bebas

(HARI 05) – MAKKAH/HUDAIBIYAH
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, Jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi ladang unta, kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah), dan berakhir dengan lawatan ke Muzium Haramain (sekiranya mendapat permit) – (Umrah 3)

(HARI 06) – MAKKAH/TAKLIMAT WADA’
Selepas solat isyak, jemaah diberikan pengisian rohani bersama dengan taklimat tawaf wada’ bertempat di dewan makan hotel.

(HARI 07) – MAKKAH/MEDINAH/ZIARAH
Selepas makan tengahari, solat zohor dan Tawaf Wada’, jemaah check out hotel. Jam 3.00 petang, Jemaah berangkat menaiki bas menuju ke Madinah Al Munawwarah Setibanya di Madinah, Jemaah check in hotel,.

(HARI 08) – MEDINAH/TAZKIRAH
Ziarah – Raudhah, Maqam Rasulullah SAW dan Perkuburan Baqi’

(HARI 09) – MEDINAH/ZIARAH
Jam 7.30 pagi, selepas selesai solat subuh dan sarapan pagi, Jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi Masjid Quba’, bukit Uhud, Maqam Syuhada’ Uhud, ladang kurma, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.

(HARI 10) – MEDINAH/KUL
Jam 8.00 pagi, melakukan Wada’ Rasulullah SAW. Makan tengah hari dan solat zohor. Jam 2.00 petang petang Jemaah check out hotel, dan berangkat menaiki bas menuju ke Airport Madinah Al Munawwarah. Setibanya di sana, Jemaah dibantu oleh mutawwif untuk membuat urusan check in dan berangkat ke Malaysia.

(HARI 11) – KUL
Ketibaan di airport KLIA

* Atucara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis