Print Friendly, PDF & Email

PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2017M/1438H

  • Pemprosesan biasa passport untuk Visa Umrah dalam masa 4hari bekerja
  • Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh visa dikeluarkan berserta minima 3 mukasurat kosong
  • Passport yang tidak menyatakakan nama penuh pemilik sekurang kurangnya 2 nama di dalam passport dan mestilah ada bin atau binti. 
  • 4 keping gambar berukuran 6cm x 4cm zoom 70% – 80% berlatar belakangkan berwarna putih (contoh gambar sila click)  
  • Buku suntikan “mengintis”  ACYW 135 dari doctor swasta atau kerajaan.  

DOKUMEN TAMBAHAN

Dokumen tambahan bagi – Isteri mengikut suami yang 45 tahun kebawah

  • Salinan Surat Nikah

Dokumen tambahan bagi – Anak Lelaki kurang dari 18 tahun/ Semua Anak Perempuan

  • Salinan Surat Kelahiran Sendiri

Dokumen tambahan bagi – Ibu mengikuti anak lelaki/ Menantu

  • Salinan Surat Lahir Anak Yang Diikuti/ Anak Perempuan

PANDUAN DAN DOKUMETASI UNTUK MAHRAM

 JEMAAHMAHRAMDOKUMEN DIPERLUKAN

NOTA

1IsteriSuami
  1. Salinan sijil nikah
  • Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (Kementerian Luar Negara)
2Anak perempuan dan anak lelaki di bawah 18 tahunBapa
  1. Salinan Sijil Nikah
  2. Salinan Sijil Lahir
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan Salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (kementerian Luar Negara)
3Adik

Abang Kandung

(jika ayah masih hidup)

  1. Letter of Concern (LOC)
  2. Salinan Sijil Lahir abang & adik
  • Pastikan Letter of Concern ayah kandung perlu disahkan (endorse) oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra
  • Pastikan Salinan Sijil Lahir disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Nega (JPN) dan Wisma Putra
4Adik

Abang Kandung

(jika kematian ayah)

  1. Letter of Concern (LOC) dari abang beserta salinan ic disahkan oleh JPN
  2. Salinan Sijil Lahir abang & adik (disahkan oleh JPN & Wisma Putra)
  3. Sijil nikah mak & ayah (disahkan oleh pejabat Agama & wisma putra)
  • Pastikan Letter of Concern dari abang kandungperlu disahkan (endorse) oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra
  • Pastikan Salinan Sijil Lahir abang kandung/pakcik disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Nega (JPN) dan Wisma Putra
5Anak angkatBapa Angkat
  1. Salinan Sijil lahir anak angkat
  2. Salinan Sijil angkat (JPN) dan
  3. Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
  4. Sijil nikah (bapa angkat)
  • Pastikan dokumen Sijil nikah & sijil lahir tersebut telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  • Bagi anak angkat yang mempunyai nama bapa angkat di dalam paspot dan Sijil Anak Angkat, salinan Sijil Anak Angkat tersebut hanya perlu disahkan oleh Wisma Putra sahaja dan tidak perlu surat kuasa dari mahkamah.
6Anak tiriBapa Tiri
  1. Salinan Sijil Lahir (anak tiri perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  2. Sijil cerai mak (perlu endorse Jabatan Agama dan Wisma Putra)
  3. Sijil nikah ayah tiri (perlu endorse Jabatan Agama dan Wisma Putra)
  4. Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa
  5. Mak wajib ikut sekali
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
7Anak saudaraBapa Saudara sebelah bapa atau mak. 
  1. Salinan sijil lahir anak saudara (perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  2. Salinan sijil lahir bapa saudara (perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  3. Salinan sijil lahir bapa (perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  4. Letter of Consent dari bapa kandung sahaja (perlu endorse di Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra) serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
8CucuDatuk Sebelah bapa sahaja. 
  1. §  Salinan sijil lahir cucu(perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  2. §  Salinan sijil lahir bapa(perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  3. §  Letter of Consent dari bapa kandung sahaja (perlu endorse dipesuruhjaya sumpah dan Wisma Putra)serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
9CucuDatuk Sebelah atok 
  1. Salinan sijil lahir cucu(perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  2. Salinan sijil lahir mak (perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  3. Letter of Consent dari bapa kandung sahaja (perlu endorse dipesuruhjaya sumpah dan Wisma Putra)serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa
  4. Sijil Nikah mak & ayah (perlu endorse pejabat agamadanWisma Putra)
  5. Cucu bawah umur 16 tahun perlu bawa mak
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN)/ Pejabat Agama dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
10MakAnak kandung Lelaki
  1. Letter of concern suami (perlu endorse dipesuruhjaya sumpah dan Wisma Putra)
  2. Sijil nikah (perlu endorse Jabatan Agama dan Wisma Putra)
  3. Surat kelahiran anak (perlu endorse JPN dan Wisma Putra)
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN)/ Pejabat Agama dan Wisma Putra

Jemaah bukan warganegara Malaysia perlulah menyertakan dokumen seperti berikut:

  1. Bagi permit kerja perlu mendapat surat pengesahan dari pada majikan (perlu Endorse pesuruhjaya sumpah dan Wismaputra)
  2. Bagi permit belajar perlu mendapat surat pengesahan daripada Universiti/Institut Pengajian
  3. Pembantu rumah(maid) perluadanama  majikan di dalam permit dan harus pergi bersama keluarga majikan
  4. Paspot yang tidak menyatakan nama penuh pemiliknya sekurang kurangnya nama pemilik dan bapa hendaklah diperbetulkan dan disahkan oleh Kedutaan Negara berkenaan.  
  5. Pemegang paspot Libya, Iraq dan Iran perlu disertakan tiket penerbangan pergi dan balik confirm.     

ALAMAT : KEMENTERIAN LUAR NEGERI PUTRAJAYA (WISMA PUTRA),
1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

 

Phone:+60 3-8887 4000