Print Friendly, PDF & Email

pengurusan mttm

Latarbelakang Kami
MUSLIMIN TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD. adalah sebuah syarikat agensi pengembaraan dan pelancongan yang telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 23hb, Oktober, 1993 (278426U) serta berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (KKKP No. 2720). Sebagai salah sebuah anak syarikat dan milik penuh KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD (Koperasi Muslimin), Muslimin Travel bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahli koperasi yang seramai 45,000 orang  malah juga kepada pelanggan-pelanggan luar daripada berbagai peringkat, perseorangan hinggalah kepada korporat.

Selama lebih daripada 25 tahun di dalam bidang perniagaan pengembaraan dan pelancongan, Muslimin Travel telah melalui masa-masa kegemilangan dan kegawatan ekonomi negara serta dunia di mana banyak syarikat-syarikat yang tumbuh dan pergi dalam masa perubahan ini. Muslimin Travel telah tumbuh dan berkembang dengan wajar dari hasil kepakaran pengurusan, komitmen kakitangan dan ketekunan serta kesabaran kami dalam menjadikan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing tinggi dan menjadikannya kebanggaan bersama.

Kini Muslimin Travel menyediakan dan menawarkan berbagai perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya dari pengangkutan, pelancongan dalam dan luar negeri, serta perkhidmatan-perkhidmatan lain, di mana kualiti sentiasa diutamakan dan mempunyai pengisian ibadah.

Misi
Memberikan perkhidmatan agensi umrah dan pelancongan yang patuh syariah, berkualiti dengan harga yang kompetitif.

Visi
Menjadi agensi umrah dan pelancongan patuh syariah terbaik di Malaysia.

Objektif
Menyediakan kemudahan dan menggalakkan mengerjakan umrah, ziarah dan melancong bagi melihat kebesaran Allah.

Motto
“Kembara Mesra Ibadah”